Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

20
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

TOKOH BANGSAWAN DI UMUMKAN SEBAGAI PENERIMA ANUGERAH SENI NEGARA

Pada hari ini dalam tahun 2004, Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, YB. Datuk Fu Ah Kiow telah mengumumkan tokoh bangsawan, Abdul Rahman bin Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Rahman B, sebagai penerima anugerah Seni Negara ke 6. Rahman B, memainkan peranan penting dalam pembangunan pementasan bangsawan di negara ini. Beliau disegani bukan sahaja kerana kepakarannya dalam bangsawan, malah melangkaui seni lain antaranya drama pentas, filem, pengarahan dan penulisan skrip bangsawan. Selain daripada  Warkah Penghormatan Negara dan wang tunai,  Rahman B  turut mendapat rawatan perubatan percuma di hospital kerajaan.  Beliau turut dilantik sebagai wakil kehormat Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan di seminar atau forum di peringkat kebangsaan dan  antarabangsa.  Sesungguhnya, penganugerahan ini dapat menyemarakkan lagi semangat penggiat seni tanah air untuk terus menghasilkan karya yang bermutu tinggi.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768