Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

24
Feb
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERLANTIKAN PENGERUSI MAJLIS PERDAGANGAN BARANGAN

Pada hari ini dalam tahun 1980, Tun Ismail bin Mohamed Ali, bekas Gabenor Bank Negara dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perdagangan Barangan. Perlantikan tersebut diumumkan oleh Menteri Perusahaan Utama, Datuk Paul Leong. Perlantikan ini adalah berdasarkan pengalaman luas Tun Ismail sendiri dalam bidang pentadbiran dan kewangan.  Selaras dengan hasrat kerajaan ingin menjadikan Kuala Lumpur sebagai Pusat Perdagangan dan Kewangan Utama rantau ini, Majlis Perdagangan Barangan bertanggungjawab bagi membenteras kegiatan-kegiatan haram atau penyelewengan berhubung dengan perdagangan dalam kontrak hadapan barangan.  Majlis ini juga menguatkuasakan peruntukan-peruntukan Akta Perdagangan Barangan 1980.  Dengan pelantikan Tun Ismail bin Mohamed Ali sebagai Pengerusi Majlis Perdagangan Barangan, dapat memajukan lagi usaha-usaha perdagangan termasuk kontrak hadapan dan lain-lain.

Skrip: Nurzuliana Kamaruzaman / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768