Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

TUNKU ABDUL RAHMAN DILANTIK PRESIDEN UMNO

Pada hari ini dalam tahun 1951, YTM. Tunku Abdul Rahman ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, dilantik sebagai Presiden Parti UMNO yang ke kedua dalam Persidangan Agung Ke 6 di Kuala Lumpur. YTM Tunku dilantik bagi menggantikan presiden pertama, Dato Onn b. Jaafar yang telah meletak jawatan setelah saranan beliau untuk membuka keahlian UMNO kepada kaum bukan Melayu, mendapat tentangan hebat daripada ahli-ahli UMNO. YTM Tunku telah menawarkan dirinya untuk menjadi Yang DiPertua UMNO sambil menegaskan beliau sanggup meletakkan jawatannya sebagai Pendakwa Raya. YTM Tunku mendapat 57 undi daripada 79 perwakilan UMNO yang hadir di persidangan itu dan mengalahkan dua orang pencabarnya, En. C.M. Yusof dan Tuan Haji Ahmad Fuad.  Di dalam ucapan pertama beliau sebagai presiden parti, YTM Tunku berikrar akan berusaha untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Perjuangan UMNO di atas Slogan Hidup Melayu, bertukar kepada Merdeka bagi membangkitkan lagi semangat orang Melayu dalam usaha membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768