Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

19
Aug
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Undang-Undang Kemajuan Tanah 1956 Ditubuhkan

Pada hari ini dalam tahun 1956, Undang-undang Kemajuan Tanah Tahun 1956 telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Melalui undang-undang ini Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau ringkasnya LKTP (FELDA) telah ditubuhkan dengan tugas untuk menjaga dan membantu dalam penyelidikan penubuhan dan pelaksanaan projek-projek untuk pembangunan dan penempatan tanah dalam Persekutuan. Penubuhan lembaga ini dibuat berikutan dengan syor-syor yang dikemukakan oleh satu jawatankuasa yang dibentuk dalam tahun 1955 untuk mengkaji keperluan bagi kemajuan tanah dalam Persekutuan.  Di antara lain, tujuan jawatankuasa tersebut ialah untuk menyiasat bantuan yang diperlukan oleh tiap-tiap negeri dari Kerajaan Persekutuan bagi membuka dan memajukan tanah-tanah baru sekiranya dianggap mustahak. Laporan dan syor-syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa ini telah dijadikan sebagai panduan untuk merancang penubuhan lembaga ini. Beberapa bahagian kecil Undang-undang Tanah tahun 1956 ini telah dipinda melalui Undang-Undang  (Pindaan) Kemajuan Tanah tahun 1957 dan melalui Undang-Undang (Pindaan) Kemajuan Tanah tahun 1958.  Lembaga yang ditubuhkan mengandungi seorang Pengerusi dan 10 orang ahli, Pengerusi Lembaga yang pertama ialah Tuan B.E.M. Fiernest dan kemudian diganti oleh Taib bin Haji Andak pada Oktober 1958.  Lembaga ini telah memulakan kerja-kerjanya dalam tahun 1957 dan hingga sekarang ia menjadi Perbadanan Kerajaan yang utama untuk memajukan tanah dan penempatan di dalam negeri secara besar-besaran.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768