Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

UNDANG-UNDANG TANAH DILULUSKAN

Pada hari ini dalam tahun 1960, Dewan Rakyat telah meluluskan Undang-undang Tanah berkenaan dengan cara menyatupadukan sistem pengambilan hak milik tanah untuk menggantikan lima jenis undang-undang yang dikuatkuasakan sebelumnya. Usaha mengemukakan rang undang-undang pengambilan hak milik tanah ini telah dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Perkara penting pada dasarnya perlu dikaji ialah mengadakan peraturan-peraturan bagaimana hendak mendapatkan sebuah kawasan tanah yang kecil untuk membina jalanraya, tali air dan paip-paip air. Turut dikaji ialah peraturan untuk mendapatkan tanah-tanah hak milik seseorang dalam perkara mustahak dan perlu disegerakan dan memberi kepada kerajaan hak merayu terhadap sesuatu keputusan tentang pembayaran harga tanah kepada pemilik asal. Dengan lulusnya undang-undang tanah berkenaan dengan sistem pengambilan hak milik tanah pada hari ini dalam tahun 1960, bukan sahaja dapat memperkemaskan lagi undang-undang tersebut malah turut membolehkan kerajaan mewujudkan pentadbiran mengenai tanah dengan lebih berkesan.

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768