Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

UNICEF IKTIRAF KEJAYAAN MALAYSIA

Pada hari ini dalam tahun 2008, Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF), mengiktiraf kejayaan Malaysia dalam melaksanakan program pembangunan pendidikan negara, kesihatan dan pemakanan. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Suruhanjaya Kebangsaan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) Ke-35 di Putrajaya. ''UNICEF juga memuji Malaysia di atas pencapaian yang mengagumkan dengan kejayaan menempatkan lebih 96 peratus kanak- kanak di sekolah rendah, mengiktiraf program 3R (kemahiran menulis, membaca dan mengira) dan kemahiran hidup sebagai asas kepada penyediaan kualiti pendidikan. UNICEF turut menyambut baik usaha Malaysia mempertingkatkan pembangunan dan penjagaan awal kanak-kanak serta menyediakan peluang dan kualiti pendidikan dalam kalangan kanak-kanak miskin di luar bandar, pedalaman dan orang Asli.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768