Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Upacara Melafaz Ikrar Bahasa Kebangsaan Di Stadium Merdeka Kuala Lumpur

Pada hari ini dalam tahun 1964, bertempat di Stadium Merdeka telah diadakan upacara melafaz ikrar Bahasa Kebangsaan. Upacara yang dihadiri oleh 20,000 orang telah berlangsung pada pukul 5.15 petang. Berucap di Majlis tersebut Perdana Menteri Malaysia, YTM Tunku Abdul Rahman menegaskan pihak kerajaan akan menggunakan Bahasa Kebangsaan dengan sepenuhnya apabila tiba masa yang dijanjikan. Selain daripada itu beliau menegaskan adalah menjadi tanggungjawab dan kewajiban tiap-tiap seorang daripada warganegara Persekutuan untuk menggunakan Bahasa Melayu pada setiap masa supaya bahasa ini dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pusat Bulan Bahasa, Tuan Syed Nasir dalam ucapannya menyatakan, dengan penggunaan Bahasa Kebangsaan yang meluas akan dapat memerdekakan diri daripada perasaan berpecah belah, sikap tidak endah, mementingkan diri serta sikap rendah diri kerana pengaruh bahasa penjajah.  Perjuangan menegakkan penggunaan Bahasa Kebangsaan diasaskan dan diketuai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sekitar tahun 1960-an melalui pelbagai program dan aktiviti untuk semua masyarakat pelbagai keturunan di negara yang merdeka ini. Usaha ini telah membuka ruang yang luas kepada Bahasa Kebangsaan untuk berkembang dalam kalangan penduduk negara ini.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768