Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Usul Pertukaran Nama Palang Merah Kepada Bulan Sabit Merah

Pada hari ini dalam tahun 1961, Ahli Dewan Negara Senator Encik Amaluddin bin Darus dari Parti Islam SeTanah Melayu (PAS) telah  mengusulkan penukaran nama Persatuan Palang Merah (Red Cross) Tanah Melayu kepada Persatuan Bulan Sabit Merah. Beliau mengakui Persatuan Palang Merah telah membawa banyak manfaat kepada rakyat dari segi kebajikan sosial tetapi ianya tidak mencukupi kerana ia banyak menumpukan kegiatan di kawasan bandar sementara rakyat di luar bandar tidak mendapat sebarang manfaat. Beliau juga menegaskan nama Palang Merah (Red Cross) adalah ciptaan orang-orang Barat dan tidak sesuai terutama kepada orang-orang Islam kerana Islam sebagai Ugama Rasmi Persekutuan. Penukaran nama ini tidak akan menjejaskan kegiatannya selama ini.  Sesungguhnya usul Senator Encik Amaluddin bin Darus ini memang kena pada tempatnya bukan sahaja nama Palang Merah itu tidak dapat diterima oleh orang Islam tetapi juga penukaran nama itu nanti akan membuatkan kegiatannya diperluaskan di kawasan luar bandar yang kebanyakan didiami oleh orang Islam.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768