Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

YAP AH LOY MENINGGAL DUNIA

Pada hari ini dalam tahun 1885, Kapitan Cina Kuala Lumpur yang ketiga, Yap Ah Loy, meninggal dunia. Beliau dilahirkan pada tahun 1837 di negara China dan berhijrah ke Tanah Melayu untuk mencari penghidupan baru dalam usia tujuh belas tahun.  Beliau tiba di Melaka pada tahun 1854 dan menceburkan diri dalam pelbagai lapangan kegiatan sebelum dilantik menjadi Kapitan Cina di Sungai Ujung. Pada tahun 1862, beliau berpindah ke Kuala Lumpur dan menjadi pengurus lombong kepunyaan Kapitan Liu Ngim Kong. Pada September 1868 beliau dipilih menjadi Kapitan Cina Kuala Lumpur, menggantikan Kapitan Liu Ngim Kong yang meninggal dunia. Yap Ah Loy berjaya memacu Kuala Lumpur dari pusat perlombongan kepada sebuah ibu kota yang maju dan pesat dengan bantuan saudagar-saudagar dari Negeri-negeri Selat dan pegawai-pegawai British yang mentadbir Selangor ketika itu. Yap Ah Loy tidak sempat melihat perkembangan pesat Kuala Lumpur dengan lebih lama berikutan kesihatannya mulai terganggu dengan penyakit 'bronchitis' dan penyakit jantung sehinggalah beliau meninggal dunia.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768