Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

23
Sep
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) Ditubuhkan

Pada hari ini dalam tahun 1976, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) telah ditubuhkan di bawah Trustee Incorporation Act 1952. YPEIM ditadbirkan oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia. Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang mengandungi 15 orang terdiri dari para ulama, ahli-ahli profesional pengurusan dan pelaburan, wakil-wakil majlis agama dan wakil-wakil jabatan kerajaan yang berkenaan. Lembaga Pemegang Amanah bertanggungjawab mengenai semua aspek pengurusan dan aktiviti YPEIM. Seorang pengarah yang bertugas sebagai Ketua Eksekutif dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan YPEIM. Pelaksanaan kegiatan-kegiatan YPEIM akan menggabungkan amalan sumbangan amal jariah, derma dan sedekah dengan amalan pelaburan dan pengurusan moden yang dikendalikan atas landasan-landasan hukum syarak. Untuk itu, YPEIM telah melancarkan skim potongan gaji bagi kakitangan awam dan swasta secara sukarela dan skim derma melalui resit amal jariah. Dengan ini, orang ramai dapatlah menyalurkan sumbangan derma dan amal jariah melalui dua skim tersebut sebagai sokongan terhadap usaha YPEIM meningkatkan taraf pencapaian ekonomi umat Islam di negara ini. Penubuhan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia ini juga merupakan antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk membangunkan ekonomi umat Islam di negara ini.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768