Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Accessibility

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Also in the day Also in the day

Event Event

Back

JAWATANKUASA PELAKSANAAN BAHASA KEBANGSAAN DITUBUHKAN

Pada hari ini dalam tahun 1962, Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan, ditubuhkan. Penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk memperjuangkan cita-cita bagi menegakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang tunggal di negara ini. Pembentukan jawatankuasa itu telah diumumkan oleh Pemangku Perdana Menteri merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Ismail Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Penubuhan jawatankuasa ini bertujuan untuk mempertahankan kedudukan dan kedaulatan Bahasa Kebangsaan yang akan digunakan di dalam pentadbiran negara. Walau bagaimanapun bahasa-bahasa lain tidak akan disekat penggunaan dan perkembangannya. Dengan tertubuhnya Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan ini, usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


The Government and the National Archives of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.
Best viewed in IE 8.0 & above and Mozilla Firefox 2.0 & above with 1024 x 768 resolution