Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Accessibility

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Also in the day Also in the day

Event Event

Back

Meeting Of Perak Chiefs To Assassinate J.W.W Birch

Pada hari ini dalam tahun 1875, satu mesyuarat telah diadakan di Durian Sebatang, Perak bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan campur tangan Inggeris khususnya pengenalan sistem Residen yang telah menghakis kuasa Raja dan pembesar-pembesar Melayu. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh pembesar negeri Perak iaitu Datuk Maharajalela, Datuk Laksamana dan Datuk Sagor. Sultan Abdullah yang baru menaiki takhta kerajaan Perak dengan bantuan Inggeris juga turut menghadiri mesyuarat tersebut. Dalam mesyuarat itu beberapa syor telah dikemukakan mengenai rancangan untuk membunuh J.W.W.Birch, Residen Inggeris di Perak. Akhirnya, syor Datuk Maharajalela telah dipersetujui dan beliau telah diberi tugas untuk melaksanakannya. Datuk Maharajalela telah mengarahkan anak-anak buahnya, Pandak Endut, Kulup Ali, Siputum, Ngah Jabar dan Setuah untuk melaksanakan tugas tersebut. Akhirnya pada 2 November 1875, J.W.W.Birch telah berjaya dibunuh di Pasir Salak, Kampung Gajah ketika beliau sedang mandi. Dengan kejayaan pembunuhan J.W.W. Birch itu telah menaikkan lagi semangat orang-orang Melayu Perak untuk menentang pencerobohan Inggeris yang membawa kepada tercetusnya peperangan yang besar di antara kedua pihak.


The Government and the National Archives of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.
Best viewed in IE 8.0 & above and Mozilla Firefox 2.0 & above with 1024 x 768 resolution