Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Accessibility

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Also in the day Also in the day

Event Event

Back

PERSIDANGAN ULAMA ASEAN PERTAMA

Pada hari ini dalam tahun 1992, Sultan Terengganu, Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan mencemar duli merasmikan Persidangan Ulama Asean yang Pertama bertempat di Kuala Terengganu.  Persidangan ini bertujuan menyediakan asas ke arah mewujudkan penyelarasan fatwa mengenai isu-isu semasa yang menyentuh masyarakat umat Islam dalam kalangan negara-negara anggota termasuk aspek-aspek ekonomi dan psikologi. Dalam titahnya, Baginda menyeru ulama dari rantau Asean meningkatkan usaha-usaha dakwah, agar umat Islam boleh menjadi nadi pembangunan Negara-negara Islam di seluruh dunia. Persidangan ini sesungguhnya menjadi platform kepada para ulama dan cendikiawan Islam yang menjadi pewaris ambia, mencari pendekatan yang bersesuaian dengan kehendak semasa demi kesejahteraan dan meningkatkan kemajuan umat Islam di rantau ini.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


The Government and the National Archives of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.
Best viewed in IE 8.0 & above and Mozilla Firefox 2.0 & above with 1024 x 768 resolution