TUN DR ISMAIL
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA KEDUA
Sinopsis Video
Tun Dr.Ismail bin Dato' Abdul Rahman dilahirkan pada 4 November 1915 di Johor Bahru. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah, Johor Bahru sebelum meneruskan pendidikan di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Selepas itu beliau meneruskan pendidikan tinggi di Kolej Perubatan King Edward, Singapura. Pada tahun 1943, beliau menyambung pengajian di Universiti Melbourne, Australia. Tun Dr. Ismail telah mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Norashikin Binti Mohd Seth pada tahun 1950. Tun Dr Ismail menyertai United Malay National Organisation (UMNO), Beliau melibatkan diri di dalam politik di negeri Johor. Beliau telah dilantik menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1948. Beliau telah pun diberi kepercayaan untuk menjadi Ahli jawatankuasa Kerja Pusat Kemudian pada tahun 1953, Tun Dr. Ismail telah dilantik sebagai Naib Yang Dipertua UMNO.Pada tahun 1953 juga, beliau telah dilantik menjadi ahli tidak rasmi Majlis Undangan Persekutuan di bawah pentadbiran Sir Gerald Templer dan Ahli bagi Tanah, Galian dan Perhubungan, di atas permintaan Tunku Abdul Rahman.Antara jawatan penting yang telah dipegang oleh beliau sepanjang kerjayanya Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya merangkap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri sehingga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 2 Ogos 1973.Sepanjang perkhidmatan, beliau telah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah termasuk bintang Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran Tun, pada tahun 1966. Beliau meninggal dunia ketika usianya 57 tahun semasa masih menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tun Dr Ismail adalah seorang tokoh yang dikenali sebagai pemimpin yang jujur, berprinsip dan tegas di dalam menyatakan pendiriannya mengenai sesuatu perkara terutamanya tugas sebagai pemimpin negara.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA KEDUA

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama