BAPA PEMBANGUNAN MALAYSIA
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA KETIGA
Sinopsis Video
Tun Abdul Razak telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan bagi mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera Malaysia. Tujuannya adalah untuk membasmi kemiskinan dan seterusnya mewujudkan keseimbangan ekonomi di kalangan masyarakat berbilang kaum sebagai agenda utama negara.Tun Abdul Razak merupakan seorang pemimpin yang bertanggungjawab mempersiapkan platform yang teguh untuk jangka masa panjang. Beliau adalah individu yang bertanggungjawab mewujudkan RISDA, MAS, PETRONAS, MARA, FELDA, PERNAS, UDA, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan dan Dasar Pembangunan Luar Bandar. Ini adalah antara idea yang diilhamkan dalam usaha beliau memastikan matlamat keseimbangan sosial di negara ini menjadi kenyataan. Kepimpinan Tun Abdul Razak adalah era revolusi mental yang menampilk an falsafah budaya, sosial, politik, pendidikan dan ekonomi. Justeru, tidak hairanlah Tun Abdul Razak digelar sebagai 'Bapa Pembangunan Malaysia'.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA KETIGA

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama