TUN MUSA HITAM
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT
Sinopsis Video
Tun Musa Bin Hitam merupakan Timbalan Perdana Menteri yang kelima dan juga Menteri Dalam Negeri dari 1981 sehingga ke 1986 sewaktu di bawah pimpinan Tun Mahathir. Anak kelahiran Johor Bahru ini dilahirkan pada 18 April 1934 dan merupakan anak bongsu daripada 10 orang adik beradik. Beliau telah kehilangan kedua ibu bapa pada usia tujuh tahun dan kemudiannya dijaga oleh kakak sulungnya.Tun Musa Hitam merupakan antara nama besar dalam persada politik tanah air yang telah memberi kesan ketara kepada perkembangan lanskap politik negara. Beliau banyak terlibat merangka gerak kerja untuk membangunkan negara. Tun Musa Hitam amat dikenali sebagai seorang pemimpin yang bersifat pragmatik, berani, analitik dan berfikiran strategik.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama