CHINA, MENTERI LUAR, ENCIK HUANG HUA. MELAWAT PERIGI HANG LI PO SEMASA MEMBUAT LAWATAN KE MELAKA 16.3.1980


ProductCode: IMG2016814
Price:
DocumentDescription: Menteri Luar Negeri China, Encik Huang Hua hari ini 16hb Mac, 1980 telah melawat Melaka. Beliau diiringi oleh Duta Besar Negeri China ke Malaysia Encik Yeh Cheng Chang dan bakal Duta Besar Malaysia ke China Encik Albert S. Tallala. Ketibaan Encik Huang Hua dan rombomgan di Lapangan Terbang Batu Berendam disambut oleh Ketua Menteri Melaka Encik Adib Adam dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. Encik Huang Hua telah mengadakan perbincangan dengan Encik Adib Adam dan kemudian telah melawat beberapa tempat bersejarah termasuk Kuil Cheng Hoon Teng, Bukit St. Paul, Bukit China dan Fort Santiago. Gambar menunjukkan Encik Huang Hua (ketiga dari kanan) sedang melihat perigi Hang Li Po.