MENTERI PERTANIAN DAN SYARIKAT KERJASAMA, ENCIK MOHD. KHIR JOHARI, MENGHADIRI UPACARA MENYAMPAIKAN SIJIL BAGI PENOLONG-PENOLONG PERTANIAN MUDA DI SEKOLAH PERTANIAN, SERDANG - 28.09.1964


ProductCode: IMG20161680
Price:
DocumentDescription: Menteri Pertanian dan Syarikat Kerjasama, Encik Mohd. Khir Johari hari ini telah menghadiri Upacara Menyampaikan Sijil bagi Penolong-penolong Pertanian Muda di Sekolah Pertanian di Serdang. Beliau telah mengucapkan tahniah kepada 49 orang Penolong-penolong Pertanian Muda kerana telah berjaya menamatkan kursus itu, dan berkata mereka sekarang telah mempunyai pengetahuan-pengetahuan yang perlu dalam pertanian untuk memajukan perusahaan pertanian di Malaya. Beliau menyeru mereka supaya menjalankan usaha-usaha untuk memimpin peladang-peladang bagi memajukan teknik-teknik pertanian agar mereka dapat meninggikan taraf hidup mereka sendiri. Encik Khir kelihatan sedang meneliti hadiah-hadiah dan sijil-sijil itu. Isteri beliau, Che Tom telah menyampaikan sijil-sijil dan hadiah-hadiah.