YANG DIPERTUAN AGONG MENGURNIAKAN COKMAR SEBAGAI LAMBANG KUASA KEPADA UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA, COKMAR DITERIMA OLEH MENTERI PELAJARAN, DATUK SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD, ISTANA NEGARA, KUALA LUMPUR - 25.06.1977


ProductCode: IMG20168858
Price:
DocumentDescription: DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong hari ini (25hb Jun, 1977) telah berkenan mengurniakan Cokmar kepada Universiti Pertanian Malaysia sebagai Lambang Kuasa Universiti tersebut. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri (Dr.) Mahathir bin Mohamad, selaku Menteri Pelajaran, menerima Cokmar tersebut bagi pihak Universiti. Istiadat pengurniaan tersebut telah diadakan di Istana Negara disaksikan oleh Naib Canselor, Tan Sri Mohamed Rashda Baba, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran serta pegawai-pegawai tinggi Universiti dan Kementerian Pelajaran. Gambar menunjukkan Datuk Seri (Dr.) Mahathir Mohamad sedang mengadap kebawah Seri Paduka Baginda di upacara pengurniaan tersebut.