PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO), PERWAKILAN PARTI - PARTI POLITIK SELURUH TANAH MELAYU BERHIMPUN DI ISTANA BESAR, JOHOR BAHRU DI HARI PENUBUHANNYA, SABTU,11.5.1946


ProductCode: IMG20163317
Price:
DocumentDescription: Gambar menunjukkan Perwakilan Parti-parti Politik seluruh Tanah Melayu Berhimpun di Istana Besar, Johor Bahru pada Hari Sabtu 11hb Mei, 1946, Hari Penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar atau UMNO) dengan Datuk Onn Ja'afar dipilih sebagai Yang Dipertuanya. Pengenalan Gambar: Barisan Hadapan (Duduk) dari Kanan: 1. Allahyarham Datuk Syed Abdul Kadir bin Mohamed (Menteri Besar Johor Ke-8), 2. Allahyarham C.M. Yusoff (Bekas Yang Dipertua Dewan Negara), 5. Allahyarham Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab (Menteri Besar Perak Pertama), 6. Allahyarham Hamzah Bin Abdullah (Menteri Besar Selangor Pertama), 7. Datin Puteh Mariah Binti Ibrahim Rashid (Yang Dipertua Kaum Ibu Umno Pertama), 8. Almarhum YTM Tengku Ismail Mahkota (Kemudiannya Sultan Ismail), 9. Allahyarham Dato' Onn Jaafar (Yang Dipertua UMNO Dan Menteri Besar Johor Ke-7), 10. Allahyarham Datuk Awang Bin Omar (Bekas Yang Dipertua Jabatan Agama Johor), 11. Tan Sri Zainal Abidin Haji Abas (Setiausaha UMNO), 13. Kapten Hussein Onn (Yang Dipertua Pemuda UMNO Pertama yang kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia).