PERSIDANGAN PERINGKATAN MENTERI EKONOMI ASIA TENGGARA, PERASMIAN OLEH TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN, KUALA LUMPUR - 03.05.1971


ProductCode: IMG20165003
Price:
DocumentDescription: Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein, pagi ini, (3hb Mei, 1971) telah merasmikan Pembukaan Persidangan Peringkatan Menteri bagi Kemajuan Ekonomi Asia Tenggara di Dewan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur. Lebih kurang 75 Orang Para Wakil daripada Indonesia, Jepun, Laos, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Khmer Republik dan Malaysia menghadiri Persidangan Tiga Hari itu. Gambar menunjukkan Tun Abdul Razak bin Hussein sedang berjabat-jabat dengan Encik E.W. Barker, Menteri Undang-undang dan Pembangunan Negara dan Ketua Perwakilan Singapura. Di kiri Tun Abdul Razak bin Hussein ialah Encik Frans Seda, Menteri Perhubungan, yang juga Menjadi Ketua Perwakilan Indonesia dan Pengerusi sementara Pprsidangan.