LAWATAN DI RAJA KE SABAH. YANG DI-PERTUAN AGONG TIBA KERANA LAWATAN NEGERI SELAMA TIGA HARI, JESSELTON - 26.11.1964


ProductCode: IMG2016292
Price:
DocumentDescription: Lawatan Di Raja ke Sabah. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong telah berangkat tiba di Jesselton pada 26hb November 1964 kerana membuat Lawatan Negara selama tiga hari ke Sabah. Dalam satu Istiadat Pengurniaan di Jesselton pada 26hb November, Seri Paduka Baginda telah mengurniakan kepada O.K.K. Datu Mustapha bin Datu Harun, Yang diPertua Negeri Sabah, bintang kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (SMN). Gambar menunjukkan Seri Paduka Baginda mengurniakan bintang kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) itu kepada Datu Mustapha bin Datu Harun.