KURSUS PENYELIA PELAJARAN DEWASA. MENTERI MUDA PEMBANGUNAN NEGARA DAN LUAR BANDAR, ENCIK ABDUL RAHMAN BIN YAAKUB MERASMIKAN KURSUS. PETALING JAYA - 06.07.1964


ProductCode: IMG20169651
Price:
DocumentDescription: Menteri Muda Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Encik Abdul Rahman bin Yaakub telah merasmikan pembukaan kursus bagi Penyelia-Penyelia Pelajaran Dewasa selama 4 hari, di Maktab Bekerjasama-bekerjasama, di Petaling Jaya pagi ini (6hb Julai 1964). Di antara 37 orang Penyelia Pelajaran Dewasa yang menghadiri kursus itu tediri dari 16 orang Cina dan seorang Penyelia Perempuan, Che Sharifah Azzah Apple Binte Sith dari Terengganu. Gambar menunjukkan Menteri Muda sedang bercakap dengan Penyelia Perempuan. Kelihatan dalam gambar itu ialah Penyelia-Penyelia yang lain dan Pegawai-pegawai dari Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Di tengah-tengah (bersongkok) ialah Timbalan Setiausaha, bahagian Pelajaran Dewasa, Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Tuan Syed Othman bin Ali.