UPACARA PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT KURSUS EKONOMIK RUMAH TANGGA, TAMAN ASUHAN RURAL INDUSTRIAL DEVELPMENT AUTHORITY (RIDA), JALAN LORNIE, KUALA LUMPUR - 04.12.1964


ProductCode: IMG20169559
Price:
DocumentDescription: Tujuh Puluh orang wanita, apakala tamat kursus mereka selama tiga bulan dalam Ekonomik Rumahtangga, petang ini (4 Disember 1964) telah menerima sijil-sijil mereka di Taman Asuhan Rural Industrial Develpment Authority (RIDA), Jalan Lornie, Kuala Lumpur. Ini ialah kursus ke lima dianjurkan oleh Bahagian Pelajaran Dewasa Kementerian Pembagunan Negara dan Luar Bandar. Menteri Muda Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Encik Abdul Rahman bin Ya'acob dalam ucapannya yang ditujukan kepada mereka telah menyatakan tanggungjawab mereka sebagai guru-guru pelajaran dewasa dalam membantu kerajaan dalam menghapuskan buta huruf dalam golongan rakyat luar bandar. Gambar menunjukkan Che Ramini binti Shariff dari Selangor sedang menerima sijil daripada Puan Norma, isteri Menteri Muda itu. Di kiri sekali ialah Che Juriah binti Mohd. Said, pengetua Taman Asuhan itu.