ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN, YANG DI PERTUAN AGONG MENGANUGERAHKAN DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA KEPADA TUNKU PUAN BESAR KURSHIAH, ISTANA TETAMU, KUALA LUMPUR - 19.6.1980


ProductCode: IMG20163692
Price:
DocumentDescription: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong hari ini 19hb Jun, 1980 telah berkenan menganugerahkan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) kepada Yang Maha Mulia Tunku Puan Besar Kurshiah, bekas Raja Permaisuri Agong I. Istiadat tersebut berlangsung di Istana Tetamu, Kuala Lumpur. Turut berangkat ialah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Diantara beberapa orang kenamaan yang hadir ialah Perdana Menteri, Dato' Hussein Onn serta Datin Suhaila, Ketua Hakim Negara, Tun Mohd. Suffian dan Toh Puan Bunny serta beberapa orang menteri kabinet lain. Yang Maha Mulia Tunku Puan Besar Kurshiah adalah orang yang pertama mendahului senarai penerima-penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan tahun 1980 bersempena dengan hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang ke-50. Gambar menunjukkan, Seri Paduka Baginda Sedang mengurniakan (D.M.N.) kepada Yang Maha Mulia Tunku Puan Besar Kurshiah.