SEKOLAH PEREMPUAN KUEN CHENG KUALA LUMPUR, LAWATAN OLEH TIMBALAN PERDANA MENTERI, TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN, KETIBAAN - 16.09.1969


ProductCode: IMG20168116
Price:
DocumentDescription: Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Pengarah Gerakan, Tun Abdul Razak bin Hussein pagi ini (16hb September, 1969) menyatakan kepada pelajar-pelajar Sekolah Perempuan Kuen Cheng di Kuala Lumpur bahawa dasar pelajaran kerajaan telah pun digubal dengan tujuan menyatupadukan semua kaum di negara ini. Kerajaan, kata beliau, sentiasa memberi perhatian yang besar terhadap kanak-kanak di negara ini kerana mereka itu akan menjadi warga negara di suatu masa akan datang. Gambar menunjukkan Tun Razak (kiri) diiringi oleh Pengerusi, Lembaga Pengurus Sekolah itu, Dato W.T. Kiat (terlindung sedikit) dan Timbalan Pengerusi, Dato Chong Shih Guan (kanan) sedang memeriksa Pandu Puteri yang telah berbaris di kawasan sekolah itu untuk mengalu-alukan ketibaan beliau.