PEMBUKAAN RASMI, BANGUNAN TELEVISYEN DAN SALURAN RANCANGAN KEDUA, ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR - 17.11.1969


ProductCode: IMG20169884
Price:
DocumentDescription: Yang Teramat Mulia Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj malam ini (17hb November 1969) telah membuka dengan rasminya Bangunan Televisyen dan melancarkan serentak Rancangan Kedua (saluran) di Angkasapuri Kuala Lumpur. Gambar menunjukkan Perdana Menteri (tiga dari kiri) sedang membuka tirai batu nama yang merupakan lambang dan nama Televisyen Malaysia. Di belakang Perdana Menteri ialah Yang Berhormat Menteri Penerangan dan Penyiaran, Encik Hamzah bin Dato Abu Samah dan isterinya, Che Zainon binti Dato Hussein. Di sebelah kiri ialah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengarah Gerakan, Tun Abdul Razak bin Hussein dan Toh Puan Raha.