HARI KEBANGSAAN, SAMBUTAN, SATU PERBARISAN PALING BESAR, BERMULA DARI STADIUM MERDEKA BERAKHIR DI BULATAN MAXWELL, ANGKATAN BELIA PELOPOR NEGARA BERBARIS DIHADAPAN YANG DI PERTUAN AGONG, KUALA LUMPUR - 31.8.1970


ProductCode: IMG20169947
Price:
DocumentDescription: Satu perbarisan yang paling besar dan menarik pernah disaksikan di Kuala Lumpur telah diadakan pagi ini, (31hb Ogos, 1970) sempena menyambut Hari Kebangsaan. Lebih 10,000 orang termasuk Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Perdana Menteri, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bin Hussein dan Toh Puan Raha, Menteri-menteri Kabinet, para diplomat dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan telah menyaksikan perbarisan yang terdiri dari detachmen-detachmen daripada angkatan tentera, polis, kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan Kerajaan, pertubuhan-pertubuhan Belia, dewan-dewan perniagaan, universiti-universiti dan maktab-maktab, sekolah-sekolah dan pertubuhan-pertubuhan sukarela. Perbarisan itu telah bermula dari Stadium Merdeka melalui Jalan Kinabalu, Jalan Hishamuddin, Jalan Raja, Jalan Parlimen, Jalan Kuching dan berakhir di Bulatan Maxwell dengan memakan masa selama satu setengah jam. Sejurus selepas keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua, kira-kira 7,000 orang yang kebanyakannya mewakili jabatan-jabatan Kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan belia telah melafazkan ikrar taat setia kebawah Duli.