TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN, PERWAKILAN MALAYSIA DALAM PERSIDANGAN KEDUA ASEAN PERINGKAT MENTERI, JAKARTA - 5.8.1968


ProductCode: IMG20165648
Price:
DocumentDescription: Timbalan Perdana Menteri , Tun Abdul Razak bin Hussein hari ini telah bertolak ke Jakarta untuk mengetuai perwakilan Malaysia dalam persidangan kedua ASEAN peringkat Menteri di sana. Ramai orang-orang kenamaan, termasuk anggota-anggota Jemaah Menteri dan Ketua-ketua perwakilan asing, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa, Subang untuk mengucapakan selamat jalan. Gambar menunjukkan Tun Abdul Razak bin Hussein (kanan) dan Menteri Penerangan dan Penyiaran, Encik Senu bin Abdul Rahman (kiri) yang juga menjadi anggota perwakilan Malaysia, bersama-sama dengan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Tan Sri (Dr.) Lim Swee Aun (dua dari kiri) dan Menteri Kebajikan Am, Tan Sri Abdul Hamid Khan sebelum mereka berlepas ke Jakarta.