TUNKU ABDUL RAHMAN MELANCARKAN SATELIT BUMI DI KUANTAN, PAHANG - 6.4.1970


ProductCode: IMG20162157
Price:
DocumentDescription: Yang Teramat Mulia Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra, semalam (6hb April, 1970) telah melancarkan Stesen Satelit Bumi di Kuantan, Pahang. Upacara itu telah disaksikan oleh satu kumpulan orang ramai termasuk Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom, Tun V.T. Sambanthan, Yang Berhormat Menteri Penerangan dan Penyiaran, Encik Hamzah bin Dato Abu Samah, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Tan Sri Haji Yahya bin Haji Mohd. Seh dan ahli-ahli Perwakilan Asing. Gambar menunjukkan Tunku Abdul Rahman Putra sedang bercakap-cakap melalui satu 'Satellite Circuit' dengan Duta Besar Malaysia di Jepun, Tuan Yang Terutama Hussein bin Mohamad Osman. Orang-orang lain dalam gambar ini ialah (dari kiri) Tun V.T. Sambanthan, Encik Hamzah bin Dato Abu Samah dan Encik Chew Kam Pok, Ketua Pengarah, Jabatan Telekom.