PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS), MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA PENYELARAS PERIKATAN, PERASMIAN PEMBUKAAN OLEH PERDANA MENTERI, TUN HAJI ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN, PEJABAT PERDANA MENTERI, KUALA LUMPUR - 27.02.1973


ProductCode: IMG20165572
Price:
DocumentDescription: Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Haji Abdul Razak bin Hussein, selaku Pengerusi Parti Perikatan, telah merasmikan Pembukaan Mesyurat Pertama Jawatankuasa Penyelaras Perikatan Parti Islam Semalaysia (PAS) di Bilik Gerakkan, Pejabat Perdana Menteri, Kuala Lumpur hari ini, (27hb Februari, 1973). Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail Bin Datuk Abdul Rahman. Gambar menunjukkan Perdana Menteri diapit oleh Tun Dr. Ismail bin Datuk Abdul Rahamn di Sebelah Kanannya dan Yang Berhormat Datuk Mohd Asri Bin Haji Muda, Presiden Parti Islam Semalaysia (Pas) Yang Juga Menjadi Menteri Kemajuan Tanah Dan Tugas-Tugas Khas, di Sebelah Kirinya. Di Kanan Sekali Ialah Yang Berhormat Menteri Pembangunan Negara Dan Luar Bandar, Encik Ghafar Bin Baba. Di Kiri Sekali Ialah Datuk Senu Bin Abdul Rahman, Setiausaha Agung United Malays National Organisation (UMNO) dan Kedua dari Kiri Encik Khalil Akasah, Setiausaha Kerja United Malays National Organisation (UMNO).