JAWATANKUASA SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND, MESYUARAT KHAS, BANGUNAN PARLIMEN, KUALA LUMPUR - 04.07.1968


ProductCode: IMG20168163
Price:
DocumentDescription: Jawatankuasa Sempadan telah Mengadakan Mesyuarat Khas di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur Hari Ini (4hb Julai 1968) Untuk Mencari Jalan Memperhebatkan Usaha-usaha Bersama Malaysia dan Negeri Thailand dalam Menghadapi Ancaman Komunis di Sepanjang Sempadan Kedua-dua Buah Negeri Itu. Sebelum Mesyuarat Dimulakan, Pengerusi Bersekutu Jawatankuasa tersebut-Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri dalam Negeri Malaysia dan Ketua Marshall Udara Tun Dawee Chullasapya, Timbalan Menteri Pertahanan Thailand - Telah Berucap kepada Ahli. Gambar menunjukkan Ahli-Ahli Jawatankuasa Itu Sedang Bertafakur selama satu minit bagi Memperingati 16 Orang Anggota Pasukan Polis Hutan Malaysia yang terbunuh dalam Serang Hendap Komunis Pada 17hb Jun. Dari kiri: Leftenan Jenderal Tan Sri Kriangsak Chomanan, Tuan Yang Terutama Tuan Lek Tantemsapya (Duta Besar Thailand), Tun Dawee, Tun Razak, Encik Hamzah Bin Dato Abu Samah (Menteri Muda Dalam Negeri), Jenderal Tunku Osman Jiwa (Ketua Turus Angkatan Tentera), Tan Sri Mohd. Salleh Bin Ismael (Ketua Polis Negara), Tuan Sheikh Abdullah Bin Sheikh Abu Bakar (Setiausaha Tetap, Kementerian Dalam Negeri), Dan Jenderal Tan Sri Abdul Hamid Bin Bidin (Pengarah Gerakan, Malaysia Barat).