MESYUARAT JAWATANKUASA AM SEMPADAN MALAYSIA -THAILAND, MENTERI PERTAHANAN NEGARA THAILAND, JENERAL LEK NAOMALI TIBA DI PENGKALAN TENTERA UDARA DI RAJA MALAYSIA, KUALA LUMPUR - 25.4.1978


ProductCode: IMG20163322
Price:
DocumentDescription: Menteri Pertahanan Negara Thailand, Jeneral Lek Naomali yang melawat Malaysia untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan Malaysia-Thailand pada 27hb April, 1978, tiba di Pengkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia, Kuala Lumpur petang ini (25hb April, 1978) dengan diberi sambutan permaidani merah. Beliau diiringi oleh pegawai-pegawai tinggi tentera negara Thailand antaranya termasuk Jeneral Chanya Chadajata. Ketibaan beliau serta rombongan disambut oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie. Turut Menyambut ketibaan mereka ialah Ketua Turus Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd. Sani; Ketua Polis Negara, Tan Sri Haniff Omar ; Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Zakaria Mohd. Ali; dan Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negara, Encik Osman S. Cassim. Kemudiannya Jeneral Lek Naomali memeriksa satu perbarisan kehormatan yang terdiri dari 55 orang pegawai dan anggota Regimen Ketiga, Askar Melayu Di Raja di bawah perintah Kapten Ramli Omar. Gambar menunjukkan Tan Sri Ghazali Shafie mengalu-alukan Jeneral Lek Naomali (kiri).