MENTERI KERJA RAYA DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN AWAM, LAWATAN KE PROJEK LEBUHRAYA KUALA LUMPUR-KARAK, KUALA LUMPUR - 14.6.1977


ProductCode: IMG20165412
Price:
DocumentDescription: Menteri Kerja Raya dan Kemudahan-kemudahan Awam, Datuk Haji Abdul Ghani Gilong, hari ini 14hb Jun 1977 melawat projek Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Dalam satu kenyataan ringkas selepas lawatan tersebut, Menteri berkenaan berkata beliau puas hati mendapati bahawa Bahagian Pertama dan Ketiga projek ini telah siap dibina. Kedua-dua bahagian ini dihubungkan oleh satu terowong panjang 2,800 kaki dimana kerja-kerja pembinaannya sedang berjalan. Gambar menunjukkan Datuk Haji Abdul Ghani Gilong sedang menyaksikan kerja-kerja pembinaan di terowong tersebut.