UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO), PERHIMPUNAN KHAS PEMIMPIN. TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN BERUCAP DI PERHIMPUNAN SELEPAS PERLANTIKAN SEBAGAI PERDANA MENTERI, KUALA LUMPUR - 22.9.1970


ProductCode: IMG20167487
Price:
DocumentDescription: Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong di Bilik Singgahsana, Istana Negara Pada Pukul 9.30 Pagi Ini, (22hb September, 1970). Ini diikuti 10 Minit Kemudiannya oleh Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak Bin Hussein yang telah diperintahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Membentuk Sebuah Kerajaan Yang Baru Berikutan Dengan Perletakan Jawatan Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Sejak Negara Mencapai Kemerdekaan Dalam Tahun 1957. Gambar Menunjukkan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Sedang Menyambut Ketibaan Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak Bin Dato Hussein di Bilik Singgahsana Istana Negara Pagi Ini, (22 September 1970) Tun Abdul Razak Bin Dato Hussein Telah diperintahkan Datang Ke Istana Negara oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Untuk Membentukkan Sebuah Kerajaan Baru Berikutan Dengan Perletakan Jawatan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.