PUSAT LATIHAN GURNEY, BRICKFIELDS. LAWATAN OLEH YANG DIPERTUAN AGONG, KUALA LUMPUR - 27.7.1965


ProductCode: IMG20162083
Price:
DocumentDescription: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong petang tadi (27hb Julai) telah berangkat melawat Pusat Latihan Gurney, di Brickfields, Kuala Lumpur. Setibanya di pusat tersebut , Duli Yang Maha Mulia telah disambut oleh Tuan Hakim H.T. Ong, Pengerusi, Persatuan Orang-orang Buta Malaya, dan Dato' Abdul Jamil bin Rais, Pengerusi Lembaga Pentadbir. Duli Yang Maha Mulia telah dibawa melawat di sekeliling Pusat tersebut oleh Pengetuanya Encik Fred Wong. Setelah melawat tiap-tiap bahagian dalam pusat itu Duli Yang Maha Mulia, dihiburkan dengan bunyi-bunyian dan pertunjukan senaman oleh kanak-kanak buta di situ. Gambar menunjukkan Duli Yang Maha Mulia sedang menyaksikan seorang pelatih buta dari Telok Anson Perak sedang membuat pagar dawai.