YANG DI-PERTUAN AGONG, PENGADAPAN PASUKAN BADMINTON MALAYSIA, ISTANA NEGARA, KUALA LUMPUR - 20.04.1966


ProductCode: IMG20166990
Price:
DocumentDescription: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pagi ini (20hb April,1966) telah memperkenankan pengadapan johan pasukan badminton Malaysia di Istana Negara, Kuala Lumpur. Tiga orang ahli dari pasukan itu - Tan Aik Huang, Tan Yee Khan dan Ng Boon Bee - telah kembali ke Kuala Lumpur dengan kapal terbang semalam, sementara pemain yang ke-4 , Yew Cheng Hoe. masih berada di Taipei kerana bermain dalam perlawanan-perlawanan pertunjukan. Juga turut hadir dalam pengadapan ahli-ahli pasukan baminton itu ialah Pemangku Perdana Menteri, Tun Hussein; Menteri Pelajaran, Encik Mohd. Khir Johari, yang juga menjadi presiden Persatuan Badminton Malaysia; dan Jurulatih bagi Persatuan Badminton Malaysia, Eddie Choong. Gambar menunjukkan (dari kiri ) Tan Aik Huang, Tan Yee Khan, Ng Boon Bee, Eddie Choong, Tun Abdul Razak bin Hussein dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.