PENJUALAN UNIT AMANAH SAHAM NASIONAL, DILANCARKAN OLEH DATUK HARRIS MOHD. SALLEH DI PUSAT MASYARAKAT, KOTA KINABALU


ProductCode: IMG2016556
Price:
DocumentDescription: Ketua Menteri, Datuk Harris Mohd. Salleh telah melancarkan penjualan unit Amanah Saham Nasional di Negeri Sabah dalam satu upacara yang diadakan di Pusat Masyarakat Kota Kinabalu. Antara mereka yang hadir di upacara itu ialah Yang Di Pertua Negeri Sabah, Tun Haji Mohd. Adnan Robert dan Toh Puan Hajjah Mariam, Datin Rupiah Harris, para Menteri Kabinet Negeri, wakil-wakil Kerajaan asing dan orang-orang kenamaan tempatan. Sebaik sahaja upacara pelancaran oleh Ketua Menteri, orang ramai mula berpusu-pusu membeli unit saham di Pejabat-pejabat Pos dan Bank Perdagangan di sini. Gambar menunjukkan sekumpulan orang ramai sedang menunggu giliran mereka membeli Amanah Saham Nasional di Bank Bumiputra, Kota Kinabalu.