PERDANA MENTERI, DATO' SERI DR. MAHATHIR MOHAMED. SEBELUM BERLEPAS KE PAPUA NEW GUINEA UNTUK MENGHADIRI PERSIDANGAN KETUA-KETUA KERAJAAN KOMANWEL SERANTAU (CHOGM), KUALA LUMPUR - 6.8.1984


ProductCode: IMG20167337
Price:
DocumentDescription: Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad sedang berjabat salam dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Haji Ahmad Razali Mohd. Ali Yang Turut Hadir Mengucapkan Selamat Jalan kepada Perdana Menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini (6hb Ogos, 1984). Perdana Menteri berlepas ke Port Moresby, Papua New Guinea untuk menghadiri Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel Serantau (CHOGM) yang dijadualkan berlangsung pada 8hb Ogos, 1984. Perdana Menteri yang disertai oleh Datin Seri Dr. Siti Hasmah juga dijadualkan menghadiri upacara Perasmian Secara Besar-besaran bangunan baru Parlimen Papua New Guinea esok (7hb Ogos, 1984). Selepas Persidangan CHOGM, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad akan melawat Australia dan New Zealand selama 11 Hari. Turut hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk mengucapkan Selamat Jalan ialah Timbalan Perdana Menteri, Dato Musa Hitam Dan Beberapa Orang Menteri Kabinet.