ISTIADAT MENGANGKAT SUMPAH JAWATAN DAN TAAT SETIA SERTA SUMPAH MENYIMPAN RAHSIA KERAJAAN, DI ISTANA NEGARA, KUALA LUMPUR - 20.07.1981


ProductCode: IMG20163218
Price:
DocumentDescription: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong telah berkenan berangkat ke Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia Kerajaan bagi Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan Timbalan-timbalan Menteri di Bilik Singgahsana, Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini (20hb Julai, 1981). Turut menyaksikan Istiadat tersebut ialah Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, Pemangku Ketua Hakim Negara, Tan Sri Raja Azlan Shah, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Hashim Aman, Yang Di Pertua Dewan Negara, Tan Sri Ismail Khan dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Syed Nasir Ismail. Gambar menunjukkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Musa Hitam sedang membaca Ikrar Sumpah jawatan Taat Setia serta Menyimpan Rahsia Kerajaan.