ISTIADAT MENGANGKAT SUMPAH, PERLANTIKAN MENTERI-MENTERI DAN TIMBALAN-TIMBALAN MENTERI, KUALA LUMPUR


ProductCode: IMG20168777
Price:
DocumentDescription: Perdana Menteri Datuk Hussein Onn, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berserta 22 orang Menteri-Menteri Kabinet termasuk tiga orang Menteri Baru dan 23 orang Timbalan Menteri hari ini (28hb Julai, 1978) telah mengangkat sumpah dalam satu istiadat yang diadakan di Istana Negara. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong telah memperkenankan perlantikan Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri itu. Yang Berhormat Menteri Tengku Ahmad Rithauddeen, Menteri Luar tidak turut serta dalam Istiadat mengangkat sumpah petang ini oleh kerana beliau sedang menghadiri Persidangan Negara-negara Berkecuali di Belgrade. Gambar menunjukkan sebahagian dari Menteri-menteri Kabinet mengangkat sumpah. Dari kiri Yang Berhormat Tan Sri Haji Datuk Haji Abdul Kadir bin Yusof, Yang Berbahagia Datuk Paduka Hajjah Aishah binti Haji Abdul Ghani, Yang Berbahagia Datuk Amar Haji Abdul Taib bin Mahmud, Yang Berbahagia Datuk Michael Chen Wing Sum, dan Yang Berhormat Datuk Musa bin Hitam.