PASUKAN POLIS HUTAN, ANGGOTA YANG DI TEMPATKAN DI BENTONG THAILAND TELAH DI UNDURKAN - 06.06.1976


ProductCode: IMG20168613
Price:
DocumentDescription: Anggota-anggota Pasukan Polis Hutan yang ditempatkan di Bentong, bandar negeri Thai tidak beberapa jauh dari sempadan Malaysia/Negeri Thai telah diundurkan kelmarin, 6hb Jun, 1976. Kira-kira 378 anggota polis hutan dan 21 orang pegawai Cawangan Khas telah menyeberangi sempadan dengan dikawal oleh unit meriam dan kereta perisai polis dan tentera. Keseluruh gerakan pengunduran itu adalah di bawah pemerintah Mejer Jenderal Datuk Mahmood Sulaiman, Pegawai Pemerintah Wilayah Satu. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Haniff Omar turut hadir di tempat pemeriksaan untuk mengalu-alukan kepulangan mereka. Gambar menunjukkan anggota-anggota PPH sedang menyeberangi sempadan Malaysia / Negeri Thai masuk ke kawasan Malaysia.