KETUA MENTERI SARAWAK, DATUK HAJI ABDUL RAHMAN YA'KUB,PERARAKAN MEMPERINGATI PERLETAKAN SENJATA KOMUNIS, KUCHING, SARAWAK - 04.03.197


ProductCode: IMG20169917
Price:
DocumentDescription: Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Pegarah Gerakan, Serawak Datuk Haji Abdul Rahman Ya'kub, di Satu Sidang Akhbar di Kuching hari ini, (4hb Mac, 1974) telah mengumumkan bahawa seramai 482 orang pengganas komunis, yang mewakili kira-kira 47% kekuatan perjuangan komunis di negara itu, telah meletak senjata mereka dan meninggalkan hutan. Satu perarakan telah diadakan untuk memperingati pengumuman itu. Gambar menunjukkan perarakan sedang berjalan dengan di ketuai oleh Ketua Menteri (kedua dari kanan);Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie;Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Serawak, Tan Sri Temenggung Jugah; Yang Amat Berhormat Timbalan Ketua Menteri, Datuk Stephen Yong.