KURSUS LATIHAN GERAK BADAN, PIMPINAN BELIA DAN SAINS RUMAH TANGGA, JAMUAN TEH OLEH PERDANA MENTERI, TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ, UNTUK MERAIKAN PESERTA, PUSAT LATIHAN BELIA NEGARA, KUALA KUBU BHARU - 22.04.1965


ProductCode: IMG20165431
Price:
DocumentDescription: Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, yang juga menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, petang ini (22hb April 1965) telah meraikan 90 orang pelatih , temasuk 12 orang dari Sabah dan Sarawak, yang menghadiri kursus berkenaan Latihan Gerak Badan, Pimpinan Belia dan Sains Rumah Tangga, dengan satu jamuan teh di Residensi. Kursus ini diatur oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan di Pusat Latihan Belia Negara, Kuala Kubu Bharu, daripada 15hb April hingga 1hb Mei 1965. Ada 25 orang perempuan termasuk seorang dari Sarawak, di antara pelatih-pelatih itu. Gambar menunjukkan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sedang bercakap dengan Che Maria Idris dari Sarawak. Yang sedang memerhati di tengah-tengah ialah Menteri Muda Kebudayaan, Belia dan Sukan, Engku Muhsein bin Abdul Kadir