PERHIMPUNAN BELIA NEGARA DAN UPACARA MELAFAZKAN IKRAR, STADIUM NEGARA, KUALA LUMPUR - 31.7.1968


ProductCode: IMG20165770
Price:
DocumentDescription: Lebih dari 8,000 orang Belia dari Seluruh Malaysia hari ini (31hb Julai, 1968) telah mengambil bahagian dalam Perhimpunan Belia Negara dan upacara melafazkan Ikrar di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Upacara itu telah disaksikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong, Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Bin Hussein, Menteri-menteri Kabinet dan lain-lain pembesar. Gambar menunjukkan Seri Paduka membalas Tabek Kehormatan semasa Pasukan Pancaragam Sekolah Henry Gurney melintas lalu di hadapan Pentas Di-Raja. Di belakang Seri Paduka Ialah Tun Abdul Razak Bin Hussein dan Menteri Muda Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Engku Muhsein Bin Abdul Kadir.