MINGGU BELIA NEGARA, UPACARA PERBARISAN DAN LAFAZ IKRAR DI SAKSIKAN OLEH YANG DI PERTUAN AGONG DAN TIMBALAN PERDANA MENTERI, TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN, STADIUM MERDEKA, KUALA LUMPUR - 31.07.1970


ProductCode: IMG20162407
Price:
DocumentDescription: Duli Yang Maha Mulia Timbalan Yang Di Pertuan Agong telah berangkat menyaksikan perbarisan dan upacara melafaz ikrar Minggu Belia Negara di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur petang ini (31hb Julai, 1970). Wakil-wakil dari 52 buah persatuan belia dari seluruh negara telah mengambil bahagian dalam upacara melafaz ikrar itu. Di antara tetamu-tetamu kenamaan yang hadir ialah Yang Amat Berhormat Pemangku Perdana Menteri dan Pengarah Gerakan, Tun Abdul Razak bin Hussein dan Yang Berhormat Menteri Muda Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Engku Muhsein bin Abdul Kadir. Gambar menunjukkan Duli Yang Maha Mulia Timbalan Yang Di Pertuan Agong sedang menerima tabik di baris lalu. Di belakang Baginda ialah (dari kiri) Toh Puan Rahah, Duli Yang Maha Mulia Sultanah, Tun Razak dan Dato Engku Muhsein.