ENCIK ABDUL GHAFAR BIN BABA MERASMIKAN PEMBUKAAN MESYUARAT MENTERI-MENTERI BESAR DAN KETUA-KETUA MENTERI DI BILIK GERAKAN, KUALA LUMPUR - 20.4.1970


ProductCode: IMG20165066
Price:
DocumentDescription: Yang Berhormat Menteri Tanah dan Galian, Encik Abdul Ghafar bin Baba, hari ini (20hb April, 1970) telah merasmikan pembukaan mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri mengenai Pentadbiran Tanah, Kehutanan dan Melombong di Kawasan Simpanan Melayu di Bilik Gerakan Negara, Kuala Lumpur. Gambar menunjukkan Menteri itu sedang berucap di mesyuarat tersebut. Duduk di sebelah kanan beliau ialah Setiausaha, Kementerian Tanah dan Galian, Encik Mahayuddin bin Haji Mohd. Zain. Di sebelah kiri beliau ialah Setiausaha Tetap Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Sharif bin Abdul Samad.