MALAYSIA ,JUARA PIALA THOMAS, MAJLIS JAMUAN MALAM,DI BANGUNAN PARLIMEN, KUALA LUMPUR- 28.03.1968


ProductCode: IMG2016783
Price:
DocumentDescription: Satu majlis jamuan malam telah diadakan malam tadi (27 haribulan Mac, 1968) di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, kerana merayakan kembalinya Piala Thomas iaitu lambang keagongan dunia badminton, ke tangan Malaysia. Gambar menunjukkan Encik Mohamad Khir Johari, Yang Di Pertua Persatuan Badminton Malaysia, minum champagne dari Piala itu dalam majlis jamuan tersebut. Yang memegang piala ialah Ketua Pasukan Piala Thomas, Encik Teh Kew san, yang memerhati ialah Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan isterinya, Puan Sharifah Rodziah.