JAWATANKUASA AM SEMPADAN MALAYSIA-INDONESIA, BERLEPAS PULANG, KUALA LUMPUR - 13.12.1972


ProductCode: IMG2016681
Price:
DocumentDescription: Perwakilan Indonesia ke Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan Malaysia-Indonesia yang diketuai oleh Jeneral M. Panggabean, Menteri Negara bagi Urusan Pertahanan dan Keselamatan Indonesia, berlepas pulang pada 13hb Disember 1972, selepas mengadakan mesyuarat di sini. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail Al-Haj bin Datuk Abdul Rahman mengetuai orang-orang kenamaan yang hadir di Pangkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), Kuala Lumpur untuk mengucapkan selamat jalan kepada perwakilan itu. Gambar menunjukkan Jeneral Panggabean (tengah) sedang melihat album gambar yang diambil semasa lawatan perwakilan itu di sini dan telah disampaikan oleh Tun Dr. Ismail Al-Haj bin Datuk Abdul Rahman (kanan). Kiri sekali ialah Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Ibrahim bin Ismail.