LAWATAN KE MELAKA, PERASMIAN PEMBUKAAN SETESEN SATELIT BUMI OLEH TIMBALAN PERDANA MENTERI, DATO' MUSA BIN HITAM DI ALOR GAJAH- 15.11.198


ProductCode: IMG20164999
Price:
DocumentDescription: Timbalan Perdana Menteri, Dato' Musa Hitam hari ini (15hb November, 1981) telah mengakhiri lawatan 3 hari ke Melaka dengan merasmikan pembukaan Stesen Satelit Bumi Melaka yang terletak di Kampung Lendu, Alor Gajah lebih kurang 15 batu, daripada Bandar Melaka. Stesen Satelit Bumi itu ialah yang kedua di Malaysia dan berharga RM18.5 juta. Satelit tersebut memberi kemudahan perhubungan telefon dan Televisyen kepada 16 buah negara di dunia. Upacara pembukaan Satelit itu disaksikan bersama oleh Ketua menteri Melaka, Encik Adib bin Haji Mohd. Adam, Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, Datuk Leo Moggie, Ketua Pengarah Telekom Singapura, Encik Goh Seng Kim, Encik Chow Thong Ma dari Thailand dan rakyat tempatan. Gambar menunjukkan Dato' Musa Hitam sedang bercakap melalui telefon dengan Tun Adam Malik